“Hujung Tahun Dia Orang Ada Bonus” – Peniaga Gerai Pisang Goreng Bagi Gaji ‘Basic’ Pekerja RM2000 Buat Ramai Terkejut
Baru-baru ini, seorang peniaga pisang goreng telah menjadi perhatian ramai selepas mengetahui dia membayar pekerjanya gaji basic sebanyak RM2000, satu hal yang tidak dijangkakan buat netizen.
Peniaga pisang goreng bagi pekerja gaji RM2000
Dalam video tular di platform TikTok, pemilik gerai pisang goreng yang menjalankan perniagaan di Shah Alam itu berkongsikan bahawa dia membayar pekerjanya gaji sebanyak RM2000.
Lelaki tersebut mempercayai pekerja-pekerjanya berhak untuk dibayar sedemikian dan merasakan goreng pisang goreng dan melayan pelanggan setiap hari bukanlah satu perkara yang mudah.
Hujung tahun dapat bonus, tanda terima kasih
Bukan itu saja yang menarik perhatian ramai, lagi membuat netizen terkesima apabila ‘bos’ itu berkata dia berjanji memberi bonus kepada pekerjanya pada hujung tahun.
Saya beri pekerja saya gaji sebanyak RM2000. Hujung tahun, mereka akan diberi bonus dan tahun ini setiap seorang akan mendapat RM2000.
Katanya, ini merupakan cara dia menunjukkan rasa terima kasih kerana membantunya dalam menjual pisang goreng.
Tak ada cadangan pun nak buka tempat lain atas nama saya sendiri. Tapi saya ada cadangan satu, siapa saja yang pakai tepung goreng pisang saya, kau bukalah serata mana sekali pun.
Peniaga tersebut turut menyatakan dirinya tidak kisah jika orang lain mahu mengguna resepi tepungnya kerana percaya dengan rezeki yang diberi oleh Allah SWT.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source