Uyaina Arshad, Suami Sambung Belajar Di Universiti Oxford
Pengacara Uyaina Arshad bakal terbang ke London bersama suaminya, Raja Syahiran untuk mengambil kursus pendek di Universiti Oxford pada Disember hadapan.
Memetik Kosmo, Uyaina berkata dia suami akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.
“Manalah tahu, selepas habis pengajian saya dapat buat master pula di sini, doakan ya. Memang niat saya untuk menjalankan perniagaan pada tahun hadapan selepas menyertai kursus ini,” katanya.
Sementara itu, Uyaina berkata dia akan membawa bersama dua orang anak lelakinya iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan dan akan sambung untuk bercuti disana.
“Kalau termasuk tiket penerbangan, kelas dan makan lebih kurang RM90,000 juga saya berhabis. Kami akan menghadiri kelas selama satu minggu dan dua minggu lagi kami akan bercuti sekeluarga di sana,” katanya.
Untuk rekod, Uyaina merupakan graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) namun tidak meneruskan untuk menjadi peguam kerana menyertai program Pencarian Nona Manis di tahun akhir pengajian.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source