Penunggang maut motosikal rempuh Pajero keluar simpang
IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tambun, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kamalangan sekitar pukul 9 pagi itu membabitkan mangsa berusia 25 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda CBR dengan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero.
Katanya, kejadian berlaku apabila Pajero dipandu lelaki berusia 77 tahun yang datang dari arah Kampung Baru Tambun itu keluar dari simpang secara tiba-tiba menyebabkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan kenderaan itu.
“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Tanjung Rambutan menuju ke pekan Ipoh. Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu warga emas dan seorang penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian
018-3728477. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source