SuperKIP harap pasukan segera selesaikan isu brek
SEPANG – Pelumba ‘wildcard’ Moto2 negara, Khairul Idham Pawi berharap pasukannya dapat menyelesaikan dua perkara penting terutama masalah brek dan juga klac yang mengganggunya sewaktu turun pada sesi latihan bebas hari ini.
Khairul yang beraksi bersama pasukan Petronas MIE Racing RW tersebut berdepan masalah itu sekali gus merencatkan tunggangan terbaik dan mencatat masa tercorot dalam kalangan 32 pelumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Oleh itu, Khairul yang mesra dengan panggilan SuperKIP itu berharap pasukan mampu tampil lebih baik pada sesi latihan esok dan membantunya mendapatkan catatan terbaik pada sesi kelayakan.
“Walaupun pada awal pusingan kedua saya perbaiki masa berbanding sesi pagi (sesi latihan bebas), namun selepas itu jentera saya hadapi isu brek belakang. Keadaan tersebut menyebabkan saya bergelut untuk menghentikan jentera sepanjang saingan,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, seorang lagi pelumba wildcard negara, Helmi Azman berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan hari ini apabila berjaya memperbaiki catatan masa yang dicatatnya tahun lalu.
“Saya merasa lebih selesa dengan jentera tahun ini berbanding tahun lalu dan saya harap dapat perbaiki catatan sekali gus merapatkan jurang dengan pelumba di hadapan,” kata Helmi yang melakukan catatan ke-29 terpantas pada kedua-dua sesi. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source