Budak 4 tahun jatuh kondo sudah boleh bercakap, makan
GEORGE TOWN – Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang parah akibat terjatuh dari tingkap bilik utama di tingkat 12 sebuah kondominium mewah di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor minggu lalu, sudah dipindahkan ke wad biasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, mangsa yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini dilaporkan sudah boleh bercakap dengan ibu bapanya.
Menurutnya, bagaimanapun mangsa masih lagi berada di bawah pemantauan oleh pakar di hospital terbabit.
“Kanak-kanak tersebut dilaporkan mengalami kecederaan pada paru-paru, patah tulang rusuk dan cedera pada tangan.
“Dia kini masih di atas katil wad kanak-kanak hospital swasta. Keadaannya stabil dan dia juga sudah boleh makan dan minum seperti biasa,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya lagi, kertas siasatan berhubung kejadian berlaku akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Sama ada nenek mangsa akan dituduh atau sebaliknya, kami juga sedang menunggu arahan daripada pihak terbabit,” ujarnya.
Isnin lalu, Kosmo! melaporkan mangsa yang parah sudah sedarkan diri dan mula memberi respon positif setelah dia dimasukkan ke ICU pada Sabtu minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa dikatakan parah di seluruh anggota badan akibat terjatuh dari tingkap bilik utama di tingkat 12 kediaman keluarganya itu sebelum ditemui neneknya di aras tujuh bangunan berkenaan.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di ruang tamu seorang diri manakala neneknya pula berada di dalam tandas. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source