Air asam jawa bantu masalah pernafasan perokok tegar?
PETALING JAYA – Umum mengetahui merokok mengundang pelbagai masalah kesihatan tetapi bagi perokok tegar tabiat tersebut sukar dihentikan meskipun bakal berdepan risiko penyakit kronik termasuk masalah pernafasan.
Menurut Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi, asam jawa dapat membantu mengurangkan masalah pernafasan yang dihidapi oleh perokok tegar.
“Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Systemic Rev. in Pharmacy pada 2021 menunjukkan air asam jawa dapat membantu mengurangkan masalah pernafasan dalam kalangan perokok tegar.
“Kajian ke atas perokok tegar yang diberi minum air asam jawa telah dilakukan selama tujuh hari berturut-turut. 40 perokok dewasa lelaki dan 40 lelaki bukan perokok terlibat dengan kajian ini,” katanya menerusi hantran di Facebook.
Jelas beliau, sebelum diberi minum air asam jawa, peratus isi padu udara pernafasan dalam paru-paru kumpulan perokok tegar adalah lebih rendah berbanding kumpulan tidak merokok (56 peratus berbanding 78 peratus).
“Selepas tujuh hari minum air asam jawa, peratus isi padu udara dalam paru-paru perokok tegar meningkat sehingga 73 peratus.
“Sehubungan itu, jika anda menghadapi masalah pernafasan, minumlah air asam jawa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source