Separuh peruntukan e-sukan diguna bina stadium e-sukan baharu
ISKANDAR PUTERI – Separuh daripada peruntukan RM20 juta bagi e-sukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2025 akan diguna untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan stadium tersebut merupakan usaha kerajaan bagi menggalakkan industri e-sukan terus berkembang.
“Daripada jumlah itu, RM10 juta akan digunakan untuk bina stadium khusus untuk e-sukan, manakala bakinya untuk latihan dan aktiviti lain berkenaan e-sukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara Peringkat Akhir Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) di Kompleks Sukan EduCity, di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut memberitahu, industri e-sukan tidak boleh dilihat sebagai sukan ‘indoor’ semata-mata, sebaliknya boleh dijadikan sebagai punca pendapatan pada masa depan.
“Saya turut berharap Johor akan mengikuti langkah kerajaan negeri Sarawak menubuhkan pengajian TVET khusus buat bidang e-sukan menerusi Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS),” ujarnya.
Pada pertandingan akhir itu, seramai lebih 2,000 peminat e-sukan hadir bagi menyaksikan perlawanan MPLMY antara Selangor Red Giants (SRG) dan Vamos (VMS). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source