Kes buli UPNM: Kertas siasatan diserah AGC
KEPONG – Kertas siasatan membabitkan kes dera dan buli seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 22 Oktober lalu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), petang ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan arahan AGC.
“Kita masih belum menerima laporan rawatan mangsa (pegawai kadet yang ditekap seterika) tetapi itu tidak akan mengendalakan proses.
“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kita telah rakam keterangan 16 individu termasuk suspek,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pendekatan Kes Jenayah Seksual dan Penipuan Dalam Talian di Dewan Serbaguna Kompleks Taman Tasik Metropolitan, di sini, hari ini.
“Dalam kes ini, kita tidak tahan reman suspek kerana dah ada bukti jadi tiada keperluan reman (suspek). Selain itu, hasil siasatan kita juga mendapati ini merupakan kali pertama mangsa dibuli,” jelasnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, mangsa ditekap seterika pada bahagian dada selepas diminta menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan, 22 Oktober lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa berusia 20 tahun pada 8.23 malam Jumaat.
Rakaman percakapan mangsa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan beliau juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.
Sebelum ini, Angkatan Tentera (ATM) menjalankan siasatan berkait kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM Sungai Besi yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang penuntut senior. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source