“Dah Tak Suka Semua Serba Tak Kena”
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai nyanyian Nur Fazura dalam satu program di Indonesia apabila dikecam dan disindir oleh netizen.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Abby Abadi yang berpendapat nyanyian Fazura okay saja kerana bukan mudah untuk menyanyikan lagu duet sendirian.
“Ok je comel je Faz nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan sorang-sorang. Lagi pula guna minus one kosong. Kira ok lah ni. Bukan pergi bertanding pun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abby turut mempersoalkan ramai yang mencaci Fazura sedangkan selebriti itu ke negara tersebut untuk bekerja.
Kata Abby lagi, jika sudah tidak sukakan seseorang itu apa saja perkara dilakukan sudah pasti semuanya serba tidak kena.
“Banyaknya yang mencaci maki Faz. Dia ke sana dipanggil bekerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan USD. Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka tu semua serba tak kena. Istighfar banyak-banyak okay,” tulisnya.
Difahamkan, Fazura hadir dalam program tersebut bagi mempromosikan lagu baru bertajuk Bertahan Demi Cinta dan turut menyanyikan lagu berkenaan secara siaran langsung.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source