‘Ini semua kerja Tuhan, 8 tahun bertahan dengan mulut orang’
PETALING JAYA – Pernah berhadapan situasi sama, pelakon Aprena Manrose memahami perasaan aktres Janna Nick yang sering diajukan soalan berkaitan zuriat.
Benci dengan sikap segelintir masyarakat, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, menyifatkan sesetengah pihak tidak tahu menjaga adab atau sensitiviti.
“Saya benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda.
“Saya faham bagaimana Janna rasa sebab saya sendiri lapan tahun bertahan dengan mulut orang.
“Sakitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya dalam hantaran InstaStory.
Selain itu, adik kepada Oktovia Manrose memaklumkan dia dan suami, Mohd. Afiq Hazman sudah berusaha mendapatkan cahata mata tetapi belum diberikan rezeki.
“Ingat saya dan suami tidak mahu anak ke? Ingat kami tiada usaha?
“Itu semua kerja Tuhan, tolong jangan tanya. Saya baran dengan perkara begini,” tegasnya lagi.
Terdahulu, Janna tidak mampu mengawal emosi sehingga menangis teresak-esak meminta khalayak berhenti bertanyakan soal anak terhadap dirinya.
Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pasangan ini pernah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan nak termasuk proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 2022.
Namun, rezeki masih belum memihak kepada pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source