11 Beg Tangan, Seutas Jam Tangan Mewah Vivy, Fadza Bernilai RM200,000 Disita
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM200,000 dari kediaman pasangan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet malam tadi.
Memetik Kosmo, pengeledahan itu dilakukan di kediaman milik Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM jam 1 petang tadi.
“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut.
“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Tambahnya lagi, pasangan tersebut akan hadir lagi ke SPRM esok pada pukul 10 pagi untuk sambung memberi keterangan.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source