RUU Pekerja Gig dibentang dalam sidang Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Nasib pekerja-pekerja ekonomi gig akan dibela tidak lama lagi apabila satu draf Rang Undang-Undang (RUU) mengenai kumpulan tersebut akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai cadangan menggubal akta baharu khusus untuk pekerja gig sudah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai lalu.
Kata beliau, MJM tersebut sudah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tarikh yang sama.
“Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam proses menyediakan draf RUU Pekerja Gig yang akan dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.
“Proses ini melibatkan perbincangan dengan pihak berkepentingan, kajian mendalam mengenai keperluan pekerja gig, serta memastikan semua aspek undang-undang dipatuhi,” katanya semasa Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang memintanya menyatakan inisiatif yang sedang diambil oleh Kesuma untuk memberikan perlindungan yang sama rata kepada pekerja gig di Malaysia.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, Kesuma dengan kerjasama perunding daripada Universiti Malaya telah melaksanakan kajian membangunkan Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig di Malaysia.
“Laporan dan hasil kajian tersebut akan diterbitkan pada Disember ini,” katanya.
Beliau berkata, Kesuma terus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu orang bekerja sendiri termasuk pekerja gig dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi terutama dari segi keselamatan sosial dan latihan pembangunan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
“Antaranya melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) dan melaksanakan inisiatif di bawah bajet 2024 iaitu Program SPS Padanan Caruman.
“Selain itu, menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) iaitu MOT telah memberi tajaan caruman penuh SKSPS kepada individu yang bekerja sendiri sebagai pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.
“MOT juga telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memandatorikan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri,” jelasnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source