Didakwa Cederakan Individu, 5 Lelaki Termasuk Seorang Kerabat Diraja Pahang Diikat Jamin RM7000 & Mengaku Tak Bersalah
Terbaru, lima lelaki termasuk seorang kerabat diraja Pahang mengaku tidak bersalah mencederakan seorang individu menggunakan senjata tajam, pisau.
Mengaku tak bersalah cederakan seorang lelaki
Individu yang didakwa mencederakan paha kanan dengan sengaja lelaki bernama, Alias Awang ialah Tengku Eddie Akasya Tengku Abdul Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Taufiq Daud, 32, Khairul Azhar Rosli, 38, serta seorang anggota polis, Mohd Fouzi Md Nur, 44.
Difahamkan, kesemua yang didakwa melakukan perkara tersebut di kawasan lot bangsal kuda di Jalan Teluk Sisek pada 12:20 tengah malam pada 6 Jun lalu.
Diikat jamin RM7000, tak boleh dekat dengan mangsa
Melalui laporan Bernama, kesemua individu yang didakwa diikat jamin RM7000 seorang dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak mendekati mangsa hingga kes selesai.
Sebelum ini, seorang individu mendakwa dicederakan oleh sekumpulan lelaki dan salah seorang daripada mereka merupakan kerabat Diraja Pahang.
Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan pihak polis menjalankan siasatan dengan telus dan adil berhubung dakwaan berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source