‘Air mata saya mengalir’ – Dr. Rafidah belum mengalah
PETALING JAYA – Pakar Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah mengakui dia sudah kecewa untuk meneruskan kerjaya di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) atas beberapa faktor yang membelenggu hidupnya sejak sekian lama terutama berkaitan hal pengurusan dan kebajikan kakitangan.
Dr. Rafidah menerusi catatan di laman X berkata, dia juga sudah menulis surat untuk permohonan persaraan awal kepada kementerian, namun hajatnya untuk berhenti berkhidmat bersama KKM masih tergantung.
“Beberapa hari yang lepas, saya rasa kecewa, sedih dan putus asa meneruskan kerjaya di KKM. Sudah memikirkan beberapa pilihan, malah sudah menulis surat untuk permohonan persaraan awal. Rasa sudah tidak sanggup lagi, sudah penat dan pedih melihat keadaan sekarang.
“Akan tetapi, bila graduan dan pelatih pakar perubatan keluarga mengucapkan terima kasih kepada saya, saya sedar yang saya membawa suara mereka. Membawa suara orang-orang teraniaya. Mereka hampir tidak diiktiraf kerana melalui latihan kepakaran melalui ‘parallel path’ (laluan selari),” katanya.
Tambah Dr. Rafidah, dia juga akan berasa sebak setiap kali terkenang kesungguhan para pelatih pakar perubatan dalam melengkapkan latihan mereka.
“Saya sendiri trauma melalui fasa tersebut. I realise, if I quit now, it will be victory for these unscrupulous people (Saya sedar, jika saya berhenti sekarang, ia akan menjadi kemenangan bagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini).
“The battle may be won but war isn’t over (Pertempuran mungkin dimenangi tetapi perang belum berakhir),” tegasnya.
Dalam masa sama, Dr. Rafidah meminta orang ramai terus mendoakannya serta barisan pegawai perubatan dan pakar untuk terus bersemangat menabur khidmat selain berjuang menuntut hak mereka.
“Thank you for giving me strength (Terima kasih kerana beri saya kekuatan). Mohon doa saya terus kuat meneruskan perjuangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source