Khaled Nordin tinjau operasi kapal selam KD Tun Razak
PETALING JAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninjau operasi Kapal Diraja (KD) Selangor di Laut China Selatan.
Menerusi hantaran di Facebook, Mohamed Khaled berkata, tinjauan tersebut adalah bersempena lawatan beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.
Menurutnya, beliau juga berkesempatan melihat sendiri pelaksanaan operasi KD Tun Razak yang mana merupakan salah satu kapal selam milik TLDM.
Katanya, kapal selam Scorpene itu telah diperoleh dari Perancis dan ditauliahkan pada 2009.
“Semasa lawatan ini, saya bukan sahaja ditaklimatkan dengan kemampuan KD Tun Razak, malah diberi peluang menyelam pada kedalaman operasi maksimum.
“Pengalaman ini sekali gus membuktikan keupayaan kapal selam negara beroperasi dengan baik dan berkesan,” katanya hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pelayaran terbabit disertai oleh anak-anak kapal yang mahir dan kompeten yang dilahirkan melalui projek perolehan kapal selam berkenaan .
“Saya pasti kapal selam ini bukan sahaja melambangkan pemodenan Armada TLDM, malah penting dalam membina imej Malaysia sebagai negara yang memiliki angkatan laut yang dihormati dan digeruni.
“Saya berikrar untuk terus memberi komitmen terhadap usaha pemodenan dan pemerkasaan aset-aset ketenteraan strategik demi mempertahankan kedaulatan Malaysia,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source