“Fazura Boleh Menyanyi, Masuklah Kelas Vokal”
Penyanyi dan komposer, Ajai berkata selebriti terkenal, Nur Fazura perlu masuk kelas vokal untuk memperbaiki nyanyiannya.
Memetik BH Online, Ajai berkata dia merasakan Fazura boleh menyanyi namun lebih bagus jika aktres itu menggunakan peluang untuk menggilap bakat nyanyiannya.
“Dalam nyanyian ada penyanyi yang bagus menyanyi, tapi tiada tarikan, Tapi, saya merasakan Fazura boleh menyanyi. Sebahagian penyanyi ada 50 peratus sahaja kreativiti, tapi ada tarikan,” katanya.
Sementara itu, Ajai berkata sudah menjadi lumrah dalam dunia nyanyian syarikat label akan memilih penyanyi yang ada tarikan serta turut memberi contoh Britney Spears dan Christina Aquilera.
“Sudah tentu label akan pergi kepada penyanyi yang ada tarikan dan membuat pelaburan. Misalnya, Britney Spears dan Christina Aquilera. Kalau nak dibandingkan, Christina sangat bagus menyanyi, tapi yang lebih berjaya adalah Britney sebab ada tarikan.
“Ini adalah resam dalam dunia nyanyian. Semua ini pernah terjadi pada era 1980-an, band yang ada rupa, tapi bila buat persembahan orang nilai dari segi kualiti,” katanya.
Dalam pada itu, Ajai berkata Fazura juga memerlukan penerbit yang berpengalaman untuk mengendalikan vokalnya dan aktres itu perlu ambil inisiatif untuk perbaiki vokal.
“Setahu saya, Fazura bekerja dengan mereka yang profesional. Jadi, inilah peluang untuknya besarkan lagi bakat. Dia perlukan produser tepat sebab nyanyian bukan soal ada vokal tinggi, akan jadi bagus.
“Kena ada bunyi sesuai dipanggil ‘easy listening’ yang tidak mencederakan vokal. Produser juga kena tahu kemampuan nyanyian seseorang penyanyi,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source