Aktiviti seludup rokok putih RM4.48 juta tumpas
SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta menerusi lima operasi berasingan yang dijalankan pada hujung September hingga Oktober lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, tiga daripada kes berkenaan dikesan di kawasan Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sementara dua lagi kes masing-masing di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dan sebuah gudang di Selat Klang Utama.
Menurut beliau, secara keseluruhan pihaknya merampas sejumlah 5.82 juta batang rokok putih pelbagai jenama yang bernilai RM576,448 dengan anggaran selepas cukai RM3.89 juta.
“Pada 27 September lalu, sepasukan anggota Operasi Kastam Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah Unit III telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah gudang di Selat Klang Utama dan menemui 960,000 batang rokok putih.
“Menerusi operasi tersebut, pasukan operasi turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan siasatan mendapati kesemua rokok putih itu dipercayai disimpan secara sementara di gudang berkenaan sebelum dihantar ke lokasi berbeza di Semenanjung menggunakan lori syarikat penghantaran,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.
Norlela berkata, seterusnya pemeriksaan harian yang dilakukan oleh anggota JKDM ke atas tiga buah Cargo Terminal Operator (CTO) di FCZ KLIA pada 2 dan 7 Oktober lalu menemui 752,200 batang rokok putih dipercayai untuk dieksport ke rantau Oceania dan Eropah berdasarkan penemuan alamat destinasi akhir pada dokumen.
Jelasnya, operasi yang dijalankan pada 16 Oktober lalu berjaya membawa kepada penemuan 4.16 juta batang rokok putih di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dipercayai untuk diimport masuk ke dalam negara ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source