Linda Onn terkilan Elly Mazlein bukan pengacara GV11
PETALING JAYA – Penyampai radio Linda Onn terkilan apabila tidak berpeluang menyaksikan kemunculan artis versatil, Elly Mazlein sebagai pengacara rancangan Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan bersiaran pada 24 November nanti.
Akui Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 46, semangat dan tenaga yang ditunjukkan Elly membuatkan penonton terhibur menonton program realiti tersebut.
“Jujur memang masa itu saya tengok GV (Gegar Vaganza) pun sebab awak (Elly Mazlein).
“Sampai sanggup ke dewan tengok secara langsung. Awak sangat bertenaga. Hilang penat dan stres tengok semangat awak.
“Sayang GV ini awak tiada,” katanya menerusi ruangan Instagram Stories.
Sebelum ini, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi tetap dengan pendirian tidak akan mengacarakan GV11.
Keputusan itu dibuat kerana akur dengan kenyataan Astro yang menganggap pengacara GV sedia ada iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai tiada tandingan.
Pada masa sama, Elly turut menasihati peminat agar tidak bersedih kerana tidak terlibat mengacarakan program terbabit.
GV11 akan bersiaran bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu ditayangkan di saluran Astro Ria dengan membariskan 14 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Gandingan pelawak Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara sementara Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat serta Hetty Koes Endang bertindak sebagai juri. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source