JPJ siasat kes wanita maut dihempap kontena
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memulakan siasatan terhadap syarikat pengendali treler yang menyebabkan kemalangan meragut nyawa seorang wanita di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, siasatan menjurus kepada pematuhan aspek teknikal ditetapkan dalam Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) oleh syarikat pengendali treler terlibat.
“JPJ sedang melaksanakan siasatan audit JISA bagi kenderaan perdagangan terlibat kemalangan itu sebaik kejadian berlaku.
“Kita akan mengenalpasti sama ada treler atau syarikat terbabit mematuhi semua peraturan ditetapkan atau sebaliknya apabila JPJ meluluskan permit kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada program MyLesen B2 peringkat Terengganu di sini hari ini.
Semalam, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kereta mereka dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada pukul 9.16 pagi.
Aedy berkata, hasil siasatan kelak akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source