21 bangunan awam diwarta sebagai PPS
PENAMPANG: Sebanyak 21 bangunan awam akan diwartakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk persiapan menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlangsung sehingga Mac tahun depan.
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan mewartakan bangunan awam sebagai PPS itu diumumkan dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah.
Maka, dengan adanya 21 PPS baharu itu, penduduk kampung tidak perlu lagi dipindahkan ke Pusat Kebudayaan Penampang yang menjadi satu-satunya PPS di daerah itu.
“Sebelum ini, saya melihat operasi menyelamat tidak praktikal. Pasukan penyelamat dari Pusat Kebudayaan itu terpaksa masuk ke kampung-kampung dalam keadaan bergelap dan arus banjir yang kuat seperti yang berlaku pada Jun lalu.
“Maka, salah satu solusi yang telah dipersetujui adalah mewartakan PPS di kampung-kampung. Ini sebagai sebahagian persiapan kita menghadapi banjir yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Jadi, insiden bantuan RM1,000 tidak lagi wujud kerana penduduk hanya berpindah di kampung mereka,” katanya selepas majlis penyerahan kanopi kepada penjaja dan peniaga kecil di Tamu Donggongon, semalam.
Mengulas lanjut katanya, projek tebatan banjir memang sedang dilaksanakan dan beliau sendiri telah membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk meninjua perkembangan Projek Tebatan Banjir Sungai Moyog pada awal tahun ini.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, projek itu sedikit terlewat kerana beberapa faktor termasuk penghuni di kawasan yang berhampiran enggan berpindah malah, proses pendalaman parit di Pekan Donggongon turut tertangguh kerana melibatkan pemindahan utiliti.
“Bermula pada hujung tahun lepas baru bermula projek pembesaran dan pendalaman parit di Pekan Donggongon dari Balai Bomba Penampang sehingga ke Kampung Hungab yang tertangguh selama beberapa tahun kerana melibatkan pemindahan utiliti,” katanya.
Banjir yang berlaku pada Jun lalu di Penampang mengakibatkan ratusan penduduk terjejas dan puluhan kenderaan di kawasan Taman Vista Kiranau ditenggelami banjir. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source