buz App Kini Terima Sijil Digital dari MDEC – Aplikasi Sembang No.1 di Malaysia!
buz App, aplikasi sembang yang semakin popular di Malaysia, kini secara rasmi telah menerima Sijil Digital dari MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation)!
Pengiktirafan ini bukan saja mengukuhkan kedudukan buz App sebagai peneraju dalam dunia digital, tetapi juga membuktikan komitmen mereka untuk terus menyumbang kepada ekonomi digital Malaysia.
Sijil MDEC ini bukan sekadar pengiktirafan biasa. Ia hanya diberikan kepada syarikat yang memenuhi standard tinggi dalam inovasi teknologi, kualiti perkhidmatan, serta sumbangan terhadap transformasi digital negara.
buz App, di bawah syarikat Vocal Beats, membuktikan kemampuannya dengan membawa inovasi yang bukan sahaja memudahkan kehidupan pengguna tetapi juga menyokong kemajuan digital di Malaysia.
Menurut Charles, Pengurus Besar Malaysia di Vocal Beats, “Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini! Ia memberi kami motivasi untuk terus maju sebagai peneraju inovasi digital dalam industri aplikasi sembang. Kami akan komited untuk menyediakan platform yang mudah digunakan, pantas, dan selamat untuk semua rakyat Malaysia.”
Ciri-ciri Menarik buz App
buz App bukan sekadar aplikasi sembang biasa. Ia dilengkapi pelbagai ciri yang menjadikannya pilihan ideal bagi korang yang ingin berkomunikasi dengan lebih mudah dan lancar.
Sembang Sambil Multitasking: Dengan buz App, korang boleh kekal berhubung dengan orang tersayang walaupun sibuk. Hantar dan terima mesej tanpa perlu fokus sepenuhnya pada telefon – sesuai untuk ibu bapa, pelajar, dan profesional yang sering melakukan pelbagai tugas sekaligus!
Mesej dari Lock Screen: Ciri ini membolehkan korang menghantar mesej dengan cepat tanpa perlu buka kunci telefon. Hanya satu sentuhan, dan mesej terus dihantar! Sangat berguna untuk situasi di mana korang perlu menghantar mesej secara pantas.
Komunikasi Hands-Free: buz App menyokong fungsi suara, jadi korang boleh bersembang tanpa perlu sentuh skrin. Hanya guna suara korang untuk menghantar mesej – cara yang lebih semula jadi dan bebas untuk kekal berhubung.
Dengan pengiktirafan MDEC ini, buz App berada pada kedudukan strategik untuk terus memperkenalkan inovasi yang memberi manfaat kepada pengguna.
buz App juga sedang menjalankan penyelidikan mendalam dalam teknologi seperti Pengiktirafan Ucapan Automatik (ASR), Teks ke Ucapan (TTS), dan Pemprosesan Bahasa Semulajadi (NLP) yang akan membolehkan buz App untuk memperkenalkan ciri seperti chatbot AI dan pembantu suara.
buz App tidak hanya memberi kemudahan, tetapi juga komitmen untuk menyokong gaya hidup digital yang semakin moden dan dinamik. Dengan ciri komunikasi yang pantas, selamat, dan mudah, buz App menyasarkan untuk terus memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang di Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh layari laman web rasmi buz App, atau Facebook dan Instagram untuk kemas kini terkini.
Jom sembang dengan lebih mudah dan cepat bersama buz App!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source