Kurikulum baharu prasekolah diperkenalkan 2026
PORT DICKSON: Kementerian Pendidikan bakal memperkenalkan kurikulum baharu prasekolah menjelang tahun 2026 dengan pengukuhan daripad segi bahasa iaitu 50 peratus dalam bahasa Melayu dan 50 peratus dalam Bahasa Inggeris.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga akan menumpukan kepada beberapa pendekatan pendidikan yang bersepadu dengan pengenalan model khas prasekolah Kementerian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta di peringkat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk dijadikan penanda aras.
Beliau menambah, perkara lain yang akan turut diberi perhatian dalam modul baharu itu termasuklah memberi tumpuan pendidikan karakter murid-murid dalam pelbagai aspek selain keupayaan guru prasekolah.
“Bila kita sebut tentang penyelarasan kurikulum di semua peringkat prasekolah, tentunya keupayaan guru-guru juga jadi keutamaan. Keupayaan guru-guru kita adalah kompentensif.
“Maknanya ada guru-guru kita mempunyai ijazah kerana di negara ini minimumnya adalah diploma dan kita sedang tingkat keupayaan itu termasuklah guru prasekolah tadika lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pantai Port Dickson Pendidikan Awal Kanak-kanak, di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Besar merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Dalam pada itu, Fadhlina menyarankan supaya ibu bapa memberi komitmen dengan menggalakkan anak-anak menerima pendidikan awal prasekolah khususnya diterajui Kementerian Pendidikan.
Menurutnya, terdapat tiga aspek penting peringkat prasekolah iaitu menangani isu keciciran pembelajaran, program malnutrisi (pemakanan sihat) dan intervensi awal keperluan pendidikan khas.
“Enrolmen prasekolah mencabar kerana kita tiada dasar pendidikan wajib bagi peringkat prasekolah. Ketika ini enrolmen mencapai 91.7 peratus dan kementerian sedang bekerja keras bagi mengalakkan ibu bapa memberikan pendidikan awal kepada anak,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau meminta semua pihak tidak menyalah tafsir berkenaan usaha kementerian memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.
“Dengarlah dulu penjelasan, kita sebut elemen TVET bukannya subjek. Apabila saya sebut elemen bermakna ada ciri-ciri dan pendekatan TVET.
“Saya ingat mana-mana yang tidak begitu jelas, saya saran datang kepada kementerian dan kami terbuka untuk buat penjelasan serta sama-sama berbincang,” katanya sambil memberitahu sesi libat urus kini sedang berlangsung di semua peringkat khususnya untuk membuat persiapan guru-guru bagi menuju Kurikulum Persekolahan 2027.-UTUSAN.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source