Lima ADUN Sabah dipanggil SPRM
PETALING JAYA: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah setakat ini untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.
SPRM berkata, pihaknya sudah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terlibat isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di Sabah.
Kataya, siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.
“Setakat ini lima ADUN sudah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan.
“SPRM menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Media semalam melaporkan SPRM mengesahkan pemberi maklumat berkaitan kes rasuah membabitkan ADUN belum membuat laporan rasmi kepada pihaknya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, setakat ini, individu yang merakam video terbabit belum tampil membuat laporan.
Terdahulu, media melaporkan pemberi maklumat skandal rasuah yang mendapat perhatian selepas mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM meminta campur tangannya berhubung permintaannya untuk perlindungan dan kekebalan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 tampil membuat laporan polis.
Pemberi maklumat mendakwa mempunyai lapan video menunjukkan ADUN berbincang mengenai wang.
Dia mendakwa bahawa ia adalah rasuah yang diberikan sebagai pertukaran untuk sokongan mereka untuk projek di negeri terbabit.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source