Mayat Mokthar ditemui 200 meter dari lokasi tergelincir
ALOR GAJAH – Mayat Mokthar Othman, 61, pengurus kilang yang dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ketika ingin membuang air di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai dekat sini, semalam akhirnya ditemui, petang tadi.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian pada jarak 200 meter dari lokasi hilang.
“Pada pukul 12.30 tengah hari tadi kedua-dua anjing pengesan Unit K9 mengesan kewujudan tanda yang biasanya adalah mayat manusia.
“Pada pukul 2.25 petang, orang awam ternampak objek warna putih terapung pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir mangsa dikesan, jadi pasukan bomba membuat intervensi ke lokasi berkenaan dan menemui mayat warga emas berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Ujarnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pos Kawalan Bomba untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
“Sebenarnya kita sudah lakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi sama semalam, namun berdepan kesukaran kerana arus sungai yang deras.
“Jadi hari ini kita minta bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menutup Pintu Air Kampung Gadek seawal pukul 8 pagi untuk menurunkan paras air di kawasan pencarian,” jelasnya.
Katanya, SAR itu melibatkan kekuatan 56 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kosmo! semalam melaporkan gara-gara tandas awam berkunci, seorang pengurus kilang berusia 61 tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir dipercayai ketika ingin membuang air di Sungai Pengkalan, awal pagi tadi.
Zulkhairani berkata, panggilan kecemasan diterima daripada ahli keluarga mangsa pada pukul 5.39 pagi memaklumkan warga emas itu telah hilang dan dikhuatiri terkunci di dalam tandas awam di Sungai Pengkalan susulan menemui kenderaannya di lokasi berkenaan.
Mangsa dikatakan ada memberitahu kepada isterinya bahawa dia mengalami sakit perut sebelum keluar seorang diri untuk membeli makanan kira-kira pukul 1.50 pagi.
Dia bagaimanapun gagal dihubungi sehingga pukul 5 pagi menyebabkan ahli keluarganya keluar mencarinya di beberapa kawasan termasuk restoran mamak, hospital dan tandas awam. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source