Tefal lancar siri terbaharu penggoreng udara panas
PETALING JAYA – Tefal hari ini mengumumkan pelancaran siri terbaharu penggoreng udara panas sebagai sebahagian daripada kempen ‘Healthy Pun Boleh Tasty’ yang mencabar mitos umum bahawa memasak secara sihat, terutamanya menggunakan minyak yang sedikit, boleh menjejaskan rasa.
Melalui kerjasama dengan AEON Co. (M) Bhd, Tefal menunjukkan dedikasinya untuk memudahkan proses memasak dan pada masa yang sama, mempromosikan aspek kesihatan, rasa, dan kemudahan.
Siri penggoreng udara panas baharu Tefal mampu mengurangkan masa memasak sehingga 50 peratus dan menjimatkan tenaga sehingga 70 peratus berbanding ketuhar konvensional, sekali gus membolehkan pengguna menikmati gaya hidup ‘kurang kerja rumah, lebih masa untuk kehidupan’.
Pengurus Negara Groupe SEB Malaysia, Jack Wong berkata, produk pihaknya menggalakkan kaedah memasak yang lebih sihat, justeru merapatkan jurang antara kesedaran pemakanan dan penerapan praktikal.
“Penggoreng udara panas Tefal bukan sekadar peralatan dapur, ia merupakan gerbang ke arah gaya hidup yang lebih sihat tanpa berkompromi terhadap rasa yang kita semua suka.
“Dengan cogan kata kami iaitu ‘Healthy Pun Boleh Tasty’, Tefal selaku pencipta penggoreng udara panas ingin memberi inspirasi kepada tabiat memasak yang lebih baik sambil menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan seimbang tanpa mengorbankan cita rasa kegemaran,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source