UNL: Gerakan set-piece ‘lemaskan’ Itali
MILAN – Penjaga gol Tottenham Hotspur, Guglielmo Vicario terus menjadi ‘lubuk’ kelemahan Itali apabila melepaskan empat gol yang semuanya berpunca daripada gerakan set-piece dalam dua penampilan terakhirnya.
Secara keseluruhan, The Azzurri bolos enam gol daripada set-piece yang mana empatnya ketika Vicario mengendalikan gawang, manakala baki dua lagi sewaktu Gianluigi Donnarumma dipilih sebagai penjaga gol utama.
Terbaharu, penjaga gol berusia 28 tahun itu gagal membaca situasi bola dengan baik daripada situasi sepakan penjuru ketika tewas 1-3 kepada Perancis dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Stadium San Siro awal pagi semalam.
Vicario mudah ditewaskan Adrien Rabiot yang menyambar hantaran Lucas Digne seawal minit kedua sebelum dia menjaringkan gol sendir selepas bola sepakan percuma terkena badannya dan melantun ke dalam gawang pada minit ke-33.
“Malangnya inilah situasi yang terjadi. Anda mungkin mempunyai situasi yang lebih santai tetapi ia tidak berlaku apabila anda melepaskan gol awal melalui sepakan penjuru.
“Apa yang memberikan masalah kepada kami apabila pemain tengah tidak membuang bola dengan baik. Kami ada banyak kualiti untuk mengawal penguasaan dan merampas bola tetapi ia tidak berlaku.
“Saya terima kekalahan ini dengan nada positif. Sekurang-kurangnya kami sedar ada banyak perkara perlu diperbaiki,” kata ketua jurulatih Itali, Luciano Spalletti.
Itali yang meraih jaringan tunggal menerusi Andrea Cambiasso pada minit ke-35, melepaskan gol tunggal sekali lagi menerusi tandukan Rabiot hasil sepakan percuma daripada Digne di separuh masa kedua. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source