Dua kakitangan SK Limau Purut, Lipis maut kemalangan, kereta bertembung lori
LIPIS : Dua wanita yang merupakan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 15 Jalan Lipis-Jerantut berdekatan Kampung Jeram Bungor di sini kira-kira pukul 2.30 petang hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa, Nurshida Md. Najib, 38, bersama rakannya, Nurulfarhana Yahaya, 31, disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan.
Pemandu lori berusia 31 tahun dan kelindannya yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku ketika lori jenis Daihatsu dipandu lelaki Melayu bersama kelindannya dalam perjalanan dari arah Gua Musang, Kelantan ke Kampung Gemuncur, Mela di sini untuk mengambil tayar.
“Dua wanita terbabit dalam perjalanan dari SK Limau Purut menuju ke Pejabat Pendidikan Lipis atas urusan kerja.
“Setiba di tempat kejadian, kedua-dua kenderaan itu bertembung secara bertentangan menyebabkan Nurshida yang memandu kereta Proton Saga seorang Pembantu Operasi dan penumpang hadapan, Nurulfarhana yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir sekolah itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Menurut Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source