Geng Ehsan curi kabel TM, buah sawit tumpas
TAIPING – Geng Ehsan yang bergiat aktif mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) dan buah sawit sejak awal tahun ini akhirnya tumpas setelah empat ahli kumpulan itu ditangkap pada 25 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, kumpulan itu aktif melakukan jenayah mencuri kabel dan buah sawit di sekitar daerah Selama.
“Modus operandi mereka menyasarkan tiang kabel TM yang terletak di laluan gelap serta berhampiran dengan kebun sawit.
“Geng Ehsan ini turut mencuri buah sawit di kawasan kebun yang jauh dan terlindung dari laluan utama serta bergerak menggunakan motosikal beserta kereta wagon bagi mengangkut barang curian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini hari ini.
Menurutnya, berdasarkan aduan maklumat awam, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Selama telah menangkap empat ahli kumpulan tersebut.
“Hasil soal siasat mendapati kesemua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dan penyalahgunaan dadah. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine,” katanya
Kata Sarudin, pihaknya turut merampas barang-barang dari suspek seperti wayar tembaga, buah sawit dan termasuk peralatan yang digunakan dalam aktiviti jenayah itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source