2 lelaki didenda RM4,800 simbah cat dekat rumah, kereta
KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki yang menyimbah cat di dua buah kereta dan rumah, mengundang padah apabila mereka didenda masing-masing RM4,800 oleh dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret, Aina Azahra Arifin dan Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman denda itu terhadap mekanik, Teo Hong Li, 41 dan juruteknik, Tang Leang Yee, 33, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar, mereka boleh dipenjara tujuh bulan dan kedua-dunya membayar jumlah denda tersebut.
Mengikut dua pertuduhan itu, mereka bersama-sama didakwa melakukan khianat dengan menyimbah cat berwarna merah di dua rumah dan kereta milik penyelia cawangan syarikat swasta serta jurujual, masing-masing berusia 36 tahun hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM3,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan Kejadian di rumah mangsa di Desa Setapak di sini, pukul 3.10 petang pada 4 November lalu yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal dan Hench Goh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian kedua-dua mangsa menyedari rumah dan kenderaan mereka disimbah cat berkenaan selain terdapat nota catatan ugutan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source