Pau Marti belum sedia putuskan
PENGENDALI Harimau Malaya, Pau Marti Vicente belum sedia memutuskan senarai pemain terbaik bagi mengharungi kempen Piala ASEAN 2024 yang akan bermula pada Disember depan.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyifatkan tempoh dua minggu saingan Piala Malaysia dan Liga Super sebagai masa yang penting sebelum membuat penilaian dan keputusan mengenai pemain yang bakal dipanggil mewakili negara nanti.
“Saya fikir ia akan diputuskan tidak lama lagi kerana kita masih menunggu pengesahan kalendar Liga Super dan Piala Malaysia.
“Selepas perkara itu disahkan, kita akan bersedia dari segi situasi dan senario sebelum kita maklumkan (senarai pemain),” katanya.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencadangkan skuad ‘rojak’ dihantar pada kejohanan bola sepak dwitahunan itu memandangkan ia berlangsung di luar kalendar antarabangsa FIFA.
Sementara itu, Pau Marti turut menganggap kehadiran pemain bertaraf naturalisasi mampu memberi impak buat skuad Harimau Malaya selepas cemerlang pada saingan antarabangsa yang lepas.
Sebagai rekod, dua pemain naturalisasi, Paulo Josue dan Sergio Aguero telah dipanggil menguatkan skuad kebangsaan pada dua aksi persahabatan antarabangsa ketika bertemu Laos dan India baru-baru ini.
Kedua-dua pemain itu telah membalas kepercayaan dengan Aguero meledak satu gol ketika menang 3-1 ke atas Laos, manakala Josue menjaringkan gol tunggal sewaktu mengikat India 1-1 di tempat lawan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source