NUJM harap peguam tidak heret media dalam kes SRC
PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) berharap agar pihak peguam tidak menyalahkan media dalam laporan berkaitan kes SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden NUJM, Farah Marshita berkata, maklum balas itu dikeluarkan terhadap kenyataan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam sebuah forum bertajuk Media Townhall: Getting the Facts Right – The Untold Stories of 1MDB & Other Cases yang dilaporkan berkata media gagal melaporkan perbicaraan secara adil.
“Media tidak menyebut bahawa Mahkamah Persekutuan telah mengambil hujahan bertulis Najib dari Mahkamah Rayuan sebagai hujah rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
“Media ialah pelindung hak asasi manusia dan keadilan. Jika anda gagal melapor secara adil, keadilan akan gagal,” katanya di dalam forum tersebut.
Tambah beliau, kenyataan itu memberi gambaran negatif terhadap petugas media yang sudah berusaha sedaya-upaya melaporkan perbicaraan tersebut secara terperinci.
Katanya, semua organisasi media utama termasuk portal berita seperti Malaysiakini dan The Edge membuat liputan langsung dari kamar mahkamah sepanjang empat tahun perbicaraan berlangsung.
Sebagai bukti, laporan langsung perbicaraan boleh diakses melalui pautan 24LiveBlog dan The Edge.
Selain itu, Farah berkata, media tidak wajar dijadikan sasaran dalam isu melibatkan kes bekas Perdana Menteri itu kerana tugas media adalah melaporkan fakta secara telus dan objektif serta melaksanakan tanggungjawab sebagai the fourth estate.
“Kenyataan sedemikian hanya merendahkan kredibiliti media yang telah berusaha memberi laporan yang seimbang dan berintegriti kepada masyarakat,” katanya.
NUJM turut menyeru semua pihak untuk menghormati peranan media dan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham.
“Pihak media telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan tidak sepatutnya dipersalahkan dalam hal berkaitan perbicaraan Datuk Seri Najib Razak.
“Kami berharap agar kerjasama lebih erat dapat diwujudkan antara semua pihak untuk memastikan keadilan dilaksanakan dengan penuh integriti,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source