‘Saya akan jaga Afiq walaupun terpaksa merangkak’
ALOR SETAR – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Itu kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan kesusahan dilalui ibu tunggal, Suhaida Suib, 37, yang kudung kaki akibat kencing manis dan perlu membesarkan anak lelakinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Menurut Suhaida, di sebalik kudratnya yang terbatas dan kemiskinan, dia tetap mahu memberikan yang terbaik buat Mohd. Afiq Ramadhan Abdullah, 9, yang menghidap cerebral palsy sejak kecil.
“Saya akan menjaga Afiq sampai tutup mata walaupun terpaksa merangkak sekalipun. Kalau serahkan kepada orang lain, saya bimbang mereka tidak dapat memberikannya kasih sayang sama seperti saya.
“Jadi biarlah kami susah sekali pun, namun tetap bersama,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Alor Merah, di sini baru-baru ini.
Suhaida yang juga pesakit buah pinggang kronik itu memberitahu, kehidupannya agak sempit sejak kebelakangan ini apabila terpaksa berpindah dari Kuala Kedah ke rumah sewa baharu di Kampung Alor Merah.
“Dulu kami bertiga (termasuk anak sulung berusia 20 tahun) menyewa di Kuala Kedah dengan kadar RM250 sebulan, tetapi rumah itu tidak berapa sesuai buat anak OKU saya. Ketika ini saya membayar sewa RM450.
“Sejak tiga bulan lalu, saya kerap tidak sihat dan dimasukkan ke masuk hospital, jadi anak sulung terpaksa berhenti kerja kedai makan untuk menjaga adiknya. Jadi kami tidak mempunyai sumber pendapatan,” katanya.
Mereka bertiga kini bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan sementara anak sulungnya mencari kerja lain.
“Kami ada memohon bantuan untuk Afiq, jika diluluskan wang itu dapat menampung belanja termasuk lampinnya,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu Suhaida boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0210-8410-0008-4191 atas nama Suhaida Suib. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source