‘Belum layak jadi Biduan Negara, tunggu setahun dua lagi’
KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah berasakan dirinya belum layak untuk menerima anugerah Biduan Negara seperti yang dicadangkan netizen.
Menurut Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 65, untuk menerima anugerah tersebut seorang penyanyi perlu mempunyai pencapaian yang hebat dalam kariernya.
“Belum lagi kot. Mungkin setahun dua lagi. Kena lihat apa penglibatan serta pengorbanan kita di dalam industri seni. Adakah nyanyian kita berjaya memenangi hati-hati pendengar.
“Saya bersyukur seandainya diberikan penganugerahan tersebut. Tetapi saya tidak pernah mengharapkan apa-apa.
“Pada saya, anugerah tersebut merupakan satu penghormatan buat insan seni dan terlalu tinggi nilainya untuk saya terimanya,” katanya kepada Kosmo Online.
Tambah pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi, dia tidak tahu netizen mencadangkan namanya, namun meluahkan rasa terharu namanya disebut-sebut peminat.
Terdahulu, selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara, ramai netizen mencadangkan beberapa nama penyanyi lelaki yang layak untuk menerima anugerah Biduan Negara.
Antara nama yang disebut-sebut netizen ialah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, kumpulan KRU dan Jamal Abdillah.
Dalam perkembangan lain, Jamal bakal bergandingan dengan Ziana Zain, Ella Aminuddin dan Jo Branko dalam konsert Blue Serenade bersama kumpulan orkestra PDRM yang akan berlangsung di MITC Melaka 28 Disember depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source