‘Saya pernah minum air basuhan tangan beramai-ramai’
PETALING JAYA – Pelakon Alif Hadi mengakui menghafal dan membaca ayat suci al-Quran dengan tajwid yang betul adalah cabaran terbesar bagi menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya, Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu.
Menurut pemilik nama Muhammad Alif Abdul Hadi, 36, itu, dia berasa sungguh tercabar kerana perlu menghafal beberapa ayat suci al-Quran dan surah dalam tempoh masa yang agak singkat.
“Sangat mencabar untuk bawa watak Hafiz ini kerana saya diberikan masa yang sangat suntuk.
“Memang agak tertekan sebab sedar watak ini bukan senang kerana memerlukan saya menghafal surah seperti al-Baqarah, an-Nisa dan ayat pemisah sihir.
“Sewaktu di set penggambaran tak menjadi satu masalah pun cuma proses sebelum penggambaran itu agak mencabar kerana saya perlu menghafal ayat-ayat suci al-Quran tersebut dengan pantas,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan gala filem tersebut di sini, baru-baru ini.
Berkongsia lanjut, dia bagaimanapun pengalaman belajar mengaji selama dua tahun di tadika milik gerakan al-Arqam banyak membantunya.
“Saya tiada latar belakang belajar di sekolah agama pun cuma saya pernah sekolah tadika al-Arqam sahaja.
“Saya belajar dan tadika di sana selama dua tahun sejak berusia empat tahun sehingga enam tahun. Paling saya ingat ialah perlu memakai jubah berwarna hijau.”
“Waktu itu saya duduk di Kuang, Selangor dan di situ merupakan kawasan perkampungan mereka,” jelasnya.
Bercerita tentang pengalaman pelik sepanjang bersekolah di tadika tersebut, Alif turut mendedahkan pernah meminum air basuhan tangan selepas makan beramai-ramai bersama pelajar lain ketika.
“Saya pun tak ingat sangat memori ketika itu cuma paling tak dilupakan ialah pengalaman makan ramai-ramai dalamdulang.
“Saya ingat dulu pernah makan dalam dulang beramai-ramai, basuh tangan dan minum air basuhan tangan itu beramai-ramai. Memang berminyaklah air itu.
“Saya juga ingat pesanan mereka untuk tengok bulan pada waktu malam setiap kali balik dari kelas mengaji sebab nanti akan ada muka Abuya di langit tetapi tiada pun,” ujarnya lagi.
Menerusi filem arahan Pierre Andre itu, Alif membawa watak sebagai Hafiz yang juga seorang pengamal perubatan Islam.
Selain Alif, filem seram ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Emma Maembong, Khatijah Tan, Iedil Putra dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source