Ramai ‘dambakan’ pasangan macam kuda laut
PETALING JAYA – Perkongsian Public Health Malaysia (PHM) tentang kuda laut sebagai haiwan paling setia dan romantik menimbulkan ‘perdebatan’ dalam kalangan orang ramai.
Menurut PHM, kebanyakan spesies kuda laut adalah monogami untuk tempoh tertentu, selain ada yang kekal setia dengan pasangan sama sepanjang hayat dan kerana itu mereka sering dianggap sebagai simbol cinta serta kesetiaan.
Hubungan pasangan kuda laut berlangsung sepanjang hari yang mana keduanya sentiasa berenang bersama dan saling memberi perhatian.
“Setiap pagi, pasangan kuda laut akan menyapa satu sama lain dengan tarian indah selain kedua-duanya akan melilitkan ekor sambil menukar warna badan menjadi lebih cerah.
“Paling luar biasa ialah pengorbanan si jantan, menjadi ‘bapa paling berdedikasi’ dengan mengandungkan telur-telur yang dipindahkan oleh betina ke dalam kantungnya berhari-hari sehingga menetas,” kata PHM di media sosial.
Disebabkan perkongsian berkenaan, rata-rata netizen menjadikan kuda laut sebagai ‘pasangan contoh’, malah tidak kurang juga yang berseloroh mahu menjadi haiwan berkenaan.
“Seronoknya. Nak jadi kuda laut lah, dapat pasangan boleh mengandung dan setia pula tu,” komen seorang pengguna.
“Untung lah kuda laut. Mana nak cari pasangan macam kuda laut? Yang ke laut ramai lah,” ujar pengguna yang lain.
“Lepas ni kalau gaduh dengan suami boleh guna ayat ‘Awak ni cuba lah romantik sikit macam kuda laut’, seloroh Nadhirah. – KOSMO ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source