EcoBrown’s sokong gaya hidup sihat, cegah diabetes
PETALING JAYA – Serba Wangi Sdn. Bhd., menyumbangkan sebanyak RM25,000 kepada Persatuan Diabetes Malaysia (DM) menerusi acara larian Wonderland Walk: Miles with ecoBrown’s 2024 yang berlangsung di 99Wonderland Park, Selayang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Acara tahunan anjuran oleh ecoBrown’s iaitu salah satu jenama di bawah syarikat Serba Wangi Sdn. Bhd., menawarkan dua kategori iaitu berjalan sejauh 3 kilometer (km) di lokasi dan berjalan sejauh 6km secara maya.
Menurut Ketua Jabatan Pemasaran syarikat itu, Vynce Lim, sumbangan dana itu bertujuan untuk menyokong usaha DM meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai diabetes, langkah pencegahan dan penjagaan pesakit.
“Sumbangan ini mencerminkan komitmen Serba Wangi terhadap kesejahteraan masyarakat dan usaha berterusan untuk memberi impak positif kepada komuniti.
“EcoBrown’s terus komited untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat melalui diet seimbang dan hidup aktif.
“Ini bukan hanya sekadar berjalan, ia adalah langkah menuju masa depan yang lebih sihat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya juga berharap agar usaha tersebut dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source