Lawatan PM ke luar negara bukan untuk kepentingan peribadi
PETALING JAYA: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara yang disertai syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak mempunyai sebarang unsur rasuah untuk mencapai kepentingan peribadi tetapi hanya bagi mendapatkan manfaat demi negara.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, kos perjalanan bagi syarikat swasta dan GLC yang menyertai lawatan ditanggung sendiri sepenuhnya dan tiada sumbangan diberikan kepada kerajaan atau Anwar sendiri.
Kata beliau, penglibatan syarikat-syarikat berkenaan adalah inisiatif untuk mengembangkan pelaburan mereka yang sudah bertapak di negara-negara luar selari dengan usaha kerajaan mempromosikan kepentingan ekonomi negara di peringkat global.
Jelasnya, lawatan tersebut menjadi platform strategik untuk menjalin hubungan erat antara pelabur tempatan dan antarabangsa.
“Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam syarikat atau GLC yang terlibat. Menyalah-ertikan sokongan kepada lawatan rasmi negara sebagai rasuah adalah fitnah besar yang bertentangan dengan prinsip Islam.
“Kos yang turut dibiayai oleh GLC dan syarikat swasta yang ikut serta dalam lawatan ini adalah bagi memastikan ia mencapai objektif strategik seperti menarik pelaburan, meneroka pasaran baharu disamping memperkukuh perdagangan,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, Perdana Menteri berulang kali menegaskan komitmennya untuk mentadbir dengan integriti dan hikmah.
Jelasnya, setiap langkah diambil oleh Anwar adalah penuh dengan pertimbangan, bukan untuk manfaat peribadi sebaliknya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
“Seperti yang pernah dikatakan oleh Nelson Mandela iaitu ‘Honesty and transparency make you vulnerable. Be honest and transparent anyway’, tuduhan ini hanya usaha memburukkan imej pemimpin, tetapi kebenaran akan terus tertegak.
“Akhirnya, lawatan rasmi ke luar negara bukanlah soal individu, tetapi soal negara. Setiap langkah ini membawa pulangan besar untuk Malaysia. Semoga rakyat Malaysia dapat menilai dengan hati yang terbuka, demi masa depan negara yang lebih cemerlang,” jelasnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source