ATM tidak berkompromi pihak terlibat kematian pelatih Palapes
PETALING JAYA – Siasatan terhadap dakwaan kematian seorang pelatih sewaktu melaksanakan sesi latihan seliaan jurulatih tentera di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dilaksanakan dengan terperinci.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kenyataannya menegaskan, pihaknya juga tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat di dalam kes tersebut.
“ATM mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan oleh Cawangan Provos Marsyal, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, ATM juga menggesa masyarakat memberi ruang kepada pihak tersebut menyiasat perkara itu secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.
“Selain itu, masyarakat diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang dilaksanakan.
“Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” tegasnya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) daripada sebuah universiti tempatan meninggal dunia pada 13 November lalu selepas bapa mangsa mendakwa anaknya didera secara fizikal.
Memetik laporan media, bapa mangsa turut mendakwa anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatih. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source