13 murid sekolah agama di Muar keracunan makanan
ISKANDAR PUTERI – Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan makanan setelah makan makanan yang dijual di kantin sekolah, semalam.
Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, keadaan ini menyebabkan murid terbabit mengalami sakit perut dan dibawa mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Susulan itu, katanya, kantin sekolah tersebut telah diarahkan untuk tutup operasi buat sementara waktu.
“Mereka yang mengalami keracunan makanan itu terdiri daripada murid darjah satu sampai darjah enam dan telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan termasuk satu dua orang di hospital swasta.
“Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Difahamkan kesemua terkesa pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Tian Soon berkata, pegawai kesihatan daerah telah melakukan pemeriksaan di kantin sekolah berkenaan, pagi tadi dan sampel makanan sudah diambil untuk dihantar ke makmal untuk ujian.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source