Anak beranak tidak mengaku terima wang tanpa lesen
BALIK PULAU – Seorang bekas anggota unit beruniform bersama bapanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima deposit berjumlah RM50,000 tanpa lesen sah, sembilan tahun lalu.
Tertuduh, Abang Fikri Azad Abang Mohamad Arip, 35, dan bapanya, Abang Mohamad Arip Abang Aerowaini, 70, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menerima wang deposit dengan jumlah keseluruhan RM50,000 daripada seorang lelaki berusia 38 tahun tanpa suatu lesen sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) di sebuah bank di Bayan Baru, antara 8 Mei hingga 5 Jun 2015.
Dua beranak tersebut didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) Akta yang sama dengan membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit bersalah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, S. Jeevah.
Ketika prosiding, Jin Hong menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan di balai polis berhampiran, dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Bagaimanapun, Jeevah memohon mahkamah memberikan jaminan paling minima atas alasan anak guamnya kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan pendapatan bulanan antara RM1,500 hingga RM2,000 serta perlu menyara isteri, dua anak serta ibu bapa mentuanya
“Anak guam kedua saya merupakan pesara kerajaan dan menerima pencen bulanan sebanyak RM2,000 sebulan dan menyara isteri,” katanya.
Hakim kemudian membenarkan jaminan RM18,000 ke atas setiap tertuduh bagi semua pertuduhan yang dihadapi mereka bersama seorang penjamin tempatan serta syarat tambahan seperti yang ditawarkan pihak pendakwaan sekali gus menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source