Cincin, wang tunai RM15,700 tercicir ketika jaga lembu
BANGKOK – Seorang warga emas tertekan selepas duit simpanannya berjumlah 80,000 baht (RM10,400) tercicir dan hilang ketika menjaga lembu ternakannya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Wang tunai itu disimpan di dalam sebuah beg berwarna coklat yang turut mengandungi sebentuk cincin emas bernilai 41,000 baht (RM5,300), yang juga hilang.
Tee Chanthongthip, 85, berkata, ketika kejadian, dia berehat di pondok milik rakannya pada waktu tengah hari sebelum menyambung kerja.
Tanpa disedari, beg tersebut tercicir dari poket seluarnya yang mana dia percaya, ia jatuh di kawasan pondok itu.
Tee kemudian membuat laporan polis, menyebabkan anak lelaki rakannya dan seorang wanita dipanggil untuk disoal siasat kerana mereka turut berada di situ ketika kejadian.
Menurut Tee, wang tersebut disimpan dengan bersusah payah, dan ia diperoleh daripada hasil jualan lembu serta arang.
Warga emas itu menyimpan wang tersebut dalam bentuk tunai kerana percaya ia lebih selamat berbanding disimpan di bank.
“Saya sering berasa tidak selamat jika menyimpan wang tunai di bank tetapi tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku,” ujarnya.
Selepas pencarian dilakukan, beg tersebut masih gagal ditemui, menyebabkan Tee merayu kepada sesiapa yang menjumpai wang tunai miliknya.
“Jika anda terjumpa wang saya, tolong kembalikan. Itu sahaja yang saya ada. Saya akan memberi ganjaran atas kebaikan anda,” katanya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source