Beli rumah atau kerjakan haji dulu? – UAI
PETALING JAYA – Selepas mempunyai rumah dan sengaja beli rumah baharu sebagai aset seterusnya, namun belum mengerjakan haji di Mekah maka hukumnya adalah berdosa.
Menjelaskan perkara tersebut, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, ibadah haji yang diwajibkan kepada mereka yang mampu bukan hanya bermakna seseorang itu perlu ada tunai, tetapi bermaksud kepada hartanya.
“Kalau beli rumah kedua tu saja-saja, hukumnya sudah berdosa. Dia wajib tunaikan ibadah haji di Mekah.
“Wajib dia jual rumah itu. Sama juga jika beli kereta pertama untuk kegunaan keluarga, tetapi kita saja-saja beli pula kereta untuk bersantai petang-petang, hukumnya sudah berdosa jika ibadah haji tidak dilakukan lagi. Wajib jual kereta itu,” kata Azhar salam satu ceramahnya di Kuala Terengganu, malam ini.
Jelasnya, berkemampuan bukan hanya bermaksud kepada wang tunai, tetapi termasuk juga dengan harta yang kita miliki dan harta itu sudah memadai kepada kita.
“Harta yang kita ada sudah cukup untuk kita sekeluarga. Sekarang ini ramai yang suka pergi melancong ke luar negara tapi belum pergi haji.
“Enam negara sudah dia pergi. Ke Jepun, Australia banyak lagi negara dia pergi, jika begitu hukumnya juga sudah berdosa kerana dia mampu. Dia sudah mampu melakukan ibadah haji di Mekah, jadi dia wajib pergi,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source