‘Kalau letak pistol di kepala pun saya tetap UMNO’
PETALING JAYA – ‘Kalau kamu letak pistol di kepala saya, saya tetap UMNO, hati saya masih pada UMNO.
Demikian pendirian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa satu sesi tembual di Podcast Keluar Sekejap yang dihoskan beliau sendiri bersama Shahril Suffian Hamdan.
Khairy Jamaluddin berkata, beliau menyambut baik saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedia menerimanya kembali sekiranya komitmen masih pada parti itu.
“Saya tak nak perli, saya tak nak buat kenyataan sinis sebab ini serius, sebab kalau orang cakap serius dan baik, kita jawab secara serius dan baik.
“Tetapi satu benda sahaja saya nak sebut, jika suatu hari nanti saya pulang atau kembali kepada UMNO, ini saya tidak rujuk mana-mana pemimpin parti.
“Kita jangan lupa bahawa mesti ada usaha untuk terus pulihkan imej UMNO. Saya tak nak tengok ini sebagai satu jalan untuk saya kembali ke politik supaya dapat apa-apa jawatan.
“Kembalinya saya ke UMNO ini mesti datang dengan satu iltizam dengan semua pihak yang terlibat. Pemimpin sedia ada, saya sendiri, sudah semestinya saya akan patuh kepada displin parti sekiranya saya kembali kepada UMNO,”katanya.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau juga mahu idealisme UMNO selepas ini berubah.
“Saya nak lihat UMNO yang berubah, UMNO yang lebih baik, UMNO yang lebih relevan dan UMNO yang lebih segar serta UMNO yang lebih berintegriti.
“Jika saya kembali untuk jadi pak turut sahaja, saya tidak rasa begitu. Jika anda terima saya sebagai ‘seseorang’ yang masih setia dalam parti tetapi ada idealisme saya sendiri.
“Bukan kata saya pergi, saya nak lawan siapa-siapa. Tetapi, saya ada impian saya sendiri untuk melihat UMNO yang lebih baik. Kalau kamu boleh terima, bak kata Kurt Cobain ‘Come as your are KJ’ dan saya juga akan terima displin parti,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source