YaPEIM sumbang RM50,000 kepada pengamal media dilanda musibah
KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meneruskan tradisi untuk menghulurkan sumbangan kepada pengamal media yang sedang dilanda ujian tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sumbangan itu akan diberikan melalui persatuan dan kelab media.
“Kita maklum bahawa tak semua pengamal media ini hidup senang, ada yang diuji.
“Setiap persatuan ini akan kenal pasti 50 orang ahli mereka yang memerlukan dengan masing-masing akan menerima RM1,000 seorang,” katanya pada Majlis Penghargaan dan Amal YaPEIM bersama Media 2024 di Hotel Primiera, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM, Ameer Ali Vali Mohammed, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus.
Sumbangan keseluruhan RM50,000 itu diberikan kepada Kelab Media Kuala Lumpur dan Selangor, Kelab Media Putrajaya, Persatuan Wartawan Jenayah, Persatuan Penulis Sukan-Sukan Malaysia dan Persatuan Karyawan Malaysia.
Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, media memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat sahih, tepat dan menyeluruh berkaitan hal ehwal agama.
Beliau berkata, kerjasama diberikan media membolehkan masyarakat cakna akan peranan, sumbangan dan perkembangan agensi serta jabatan agama di bawah pentadbirannya.
“Kita bukan nak tunjuk baik dengan memberitahu apa yang sedang dilakukan (agensi agama), tetapi dalam konteks ini, agensi seperti YaPEIM tidak boleh bergerak sendiri.
“Perlu ada media yang boleh membantu menyampaikan apa yang sedang YaPEIM lakukan dan usaha agensi itu untuk membantu masyarakat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source