Bolot 7 trofi, Imaginur menang besar ungguli FFM33
KUALA LUMPUR – Menepati ramalan, filem Imaginur terbitan Lumatic Films Sdn. Bhd. memenangi anugerah utama Filem Terbaik pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di sini, sebentar tadi.
Dalam kategori sama, naskhah arahan Nik Amir Mustapha itu menewaskan pesaing terdekat, Abang Adik, sekali gus membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.
Lima filem lain yang turut bertanding dalam kategori sama termasuklah Duan Nago Bogho (Kalamariff Holdings), Sheriff: Narko Integriti (Skop Productions & Astro Shaw), Mechamato Movie (Animonsta Studios), Hungry Ghost Diner (Kinovisuals) dan Rain Town (Current Pictures).
Pengarahnya, Nik Amir Mustapha, kemenangan tersebut disifatkan sebagai satu penghargaan besar buat Imaginur yang mengangkat kesihatan mental dan kekeluargaan.
“Terima kasih para juri, FINAS dan penonton.
“Tanpa penonton yang sokong, filem kita tidak akan sampai ke tahap ini. Benarlah promosi dari mulut ke mulut sangat berkesan. Terima kasih kepada calon yang lain. Kami sangat berbangga dengan anda semua hari ini,” katanya selepas diumumkan sebagai pemenang utama.
Lebih membanggakan, Nik Amir turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik.
Manakala, kategori Lagu Tema Terbaik juga menjadi milik Imaginur menerusi lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari.
Tidak cukup dengan itu, Imaginur turut membolot kategori Cerita Asal Terbaik (Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha).
Malam ini, setiap pemenang membawa pulang menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi.
Bertemakan EMAS (Evolusi Sinema Malaysia), FFM33 menerima 104 penyertaan dengan 95 pencalonan layak bertanding yang merangkumi 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari. – KOSMO! ONLINE
Senarai penuh pemenang FFM33:
Filem Terbaik – Imaginur
Pengarah Terbaik: Nik Amir Mustapha (Imaginur)
Pengarah Harapan: Jin Ong (Abang Adik)
Pelakon Lelaki Terbaik: Beto Kusyairy (Imaginur)
Pelakon Wanita Terbaik: Susan Lankester (Rain Town)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Jack Tan (Abang Adik)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elizabeth Tan (Sheriff: Narko Integriti)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Qisya Hairulzain (Magik)
Pelakon Lelaki Harapan: Aniq Durar (Pagari Bulan)
Pelakon Wanita Harapan: Trisha Ooi (Janna Endoro)
Lakon Layar Terbaik: Jin Ong (Abang Adik)
Cerita Asal Terbaik: Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha (Imaginur)
Sinematografi Terbaik: Rahimi Maidin (Sheriff: Narko Integriti)
Penyunting Terbaik: Johan Arif Mazlan (Imaginur)
Skor Muzik Asal Terbaik: Jackey Yow (Malbatt: Misi Bakara)
Penataan Seni Terbaik: Rabbani Sujak (Imaginur)
Penataan Bunyi Terbaik: Nizam Razak (Mechamato Movie)
Lagu Tema Terbaik: Hasrat – Amir Jahari (Imaginur)
Rekaan Busana / Kostum Terbaik: Elaine Ng (Abang Adik)
Kesan Khas Visual Terbaik: Viper Studios Sdn. BhdSheriff: Narko Integriti
Tatarias / Solekan Terbaik: Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng (Abang Adik)
Poster Terbaik: Walid (Layar Pictures Sdn. Bhd)
Dokumentari Terbaik: Pekik (Stereo Pixels Sdn. Bhd)
Filem Pendek Terbaik: The Missing Trophy (Wayang Works Sdn.Bhd.
Anugerah Khas Sepanjang Zaman: A. Galak
Anugerah Khas Karyawan: Indera Che Muda
Anugerah Khas Juri 1: Naam Katra Isai
Anugerah Khas Juri 2: Duan Nago Bogho
Filem Box Office: Sheriff: Narko Integriti (Skop Productions & Astro Shaw)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source