Calon terbaik jadi pengganti Usain Bolt
BRISBANE – Atlet pecut remaja Australia, Gout Gout melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelari berusia 16 tahun terpantas selepas meleburkan rekod kebangsaan negara itu dalam acara 200 meter (m) lelaki.
Pada final Kejohanan Sekolah-Sekolah Australia kelmarin, Gout mempamerkan larian memukau menerusi catatan masa 20.04 saat (s), meleburkan rekod 20.06s dilakukan Peter Norman ketika Sukan Olimpik 1968.
Lebih menakjubkan, dia melakukan larian lebih pantas jika dibandingkan dengan legenda balapan Jamaica, Usain Bolt yang hanya melakukan catatan masa 20.13s dalam acara 200m ketika berusia 16 tahun.
“Ia sesuatu yang gila. Sukar untuk saya proses perkara ini kerana saya benar-benar tidak menjangkakan perkara seperti ini memandangkan saya hanyalah seorang remaja yang bersaing dengan atlet dewasa.
“Memang benar saya mahu meleburkan rekod (Norman) tersebut dan tidak sangka ia hadir seawal ini. Pada asalnya, saya hanya meletakkan sasaran memecahkan rekod pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Terdahulu, dia yang bakal menginjak ke usia 17 tahun 29 Disember nanti turut memastikan pingat emas dalam acara 100m selepas memenanginya menerusi catatan 10.04s pada aksi final Jumaat lalu.
Difahamkan, Gout akan berangkat ke Amerika Syarikat (AS) bulan depan bagi menjalani latihan bersama pemenang pingat acara emas 100m Sukan Olimpik Paris 2024, Noah Lyles bagi memantapkan lagi lariannya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source