Luruan Monsun sehingga Isnin depan
PETALING JAYA: Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 16 Disember ini, berdasarkan analisis model cuaca terkini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sabah sepanjang tempoh berkenaan.
“Amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) membabitkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa sehingga 11 Disember ini.
“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 12 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Met Malaysia turut menasihati orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapat maklumat terkini dan sahih.
Laporan terdahulu menyebut, hujan lebat berterusan peringkat jingga dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga Rabu ini.
METMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan peringkat kuning diramal di Perlis, Kelantan serta beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang dan Johor. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source