Siasatan terhadap Roger Ng masih dijalankan – KPN
KUALA LUMPUR – Polis masih memerlukan masa untuk menyiasat bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa berkaitan berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Roger Ng masih lagi dalam kawalan pihak polis untuk membantu siasatan.
“Siasatan masih berjalan, dia masih dalam kawalan kita lagi, ada lagi maklumat yang kita perlukan untuk mendapatkan bukti dokumen berkaitan untuk kita kaji semula.
“Ia bukan macam satu kertas, dua kertas dokumen itu banyak,” katanya ringkas pada sidang akhbar Pelancaran buku Polis Diraja Malaysia (PDRM): Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara, di sini, hari ini.
Semalam, pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Razak memohon untuk menemubual Roger Ng bagi tujuan pembelaan kes penyelewengan dana 1MDB.
Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata, usaha mendapatkan temu bual bersama Roger Ng adalah langkah pertama yang diperlukan bagi proses pembelaan terhadap Najib berkaitan kes itu.
9 Oktober tahun lalu, Razarudin mengesahkan polis telah membuat tangkapan terhadap Roger Ng berkait dengan siasatan skandal 1MDB.
Susulan itu, siasatan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source