“Saya Takkan Maafkan Sepatah Pun…” – Fazura Kesal Dituduh Ada Dendam Dengan Bekas Suami
Pelakon jelita, Fazura berasa kesal kerana ada yang menuduhnya mempunyai dendam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin.
Menerusi hantaran di Instagram Storynya, pelakon itu memuat naik tangkap layar kenyataan yang telah dibuat individu berkenaan yang mendakwa dirinya masih belum ‘move on’ dan suka mencari masalah dengan bekas suaminya.
Fazura, awak memang ada masalah dendam dengan Fattah ke? Orang itu dah pulang kereta tapi sibuk nak saman dia. Orang itu dah pulang kereta pun kan.
Orang lain pun bercerai tapi perangai elok je dari awak. Awak ini aib bekas laki pun dibuka, burukkan dia bagai.
Ke awak ni attention seeker? Satu hari Allah akan balas perbuatan awak aniaya orang. Lepas itu ajak netizen buat dosa nak nampak macam Fattah yang salah.
Susulan itu, pelakon itu memberitahu dia tidak akan memaafkan setiap cercaan yang dilemparkan oleh individu itu.
Hidup masih panjang kan, simpan kenangan setiap kata-kata awak pada saya untuk bekalan masa depan awak pula ya.
Ingat! Saya tak maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak ini kepada saya di dunia dan akhirat.
Terdahulu, bekas suami Fazura, Fattah Amin memaklumkan dia sudah menerima dan membalas notis tuntutan (LOD) daripada bekas isteri, Nur Fazura berhubung kenyataan berkenaan isu kenderaan dan dia menyerahkan urusan tersebut kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source