Masalah Internet di Terowong Menora selesai
IPOH – Selepas hampir setahun masalah capaian Internet di Terowong Menora Lebuh Raya Utara Selatan akhirnya selesai menerusi baik pulih dan naik taraf peranti penguat isyarat atau repeater di kawasan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd. Azlan Helmi berkata, hal itu dicapai hasil tindakan oleh pengendali baharu menggantikan repeater rosak dengan peranti teknologi baharu yang selama ini tertangguh akibat pelbagai kekangan.
“Alhamdulillah, hari ini kita turun untuk menyaksikan bahawa isyarat keterhubungan dalam Terowong Menora ini dan sekitarnya telah pulih,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke terowong tersebut dekat sini hari ini.
Masalah Internet itu dibangkitkan oleh pelbagai pihak yang melihat kepada kepentingan akses perhubungan di kawasan berbukit-bukau tersebut yang sering menjadi lokasi kemalangan maut.
Mohd. Azlan berkata, pihaknya kini turut memberi tumpuan kepada beberapa lagi lokasi di sepanjang lebuh raya sama yang memerlukan peningkatan tahap capaian Internet.
Lokasi berkenaan termasuklah dari Ipoh menuju ke utara selain beberapa tempat di sepanjang lebuh raya ke arah Kuala Lumpur, jelasnya.
Tambahnya, permohonan telah dihantar kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tentang perkara itu termasuk dari segi cadangan pemasangan menara pemancar.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source